fbpx

Mahkamah: Pengerusi koperasi direman kes tuntutan palsu RM20.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi koperasi direman kes tuntutan palsu insentif pembayaran projek penternakan lembu tenusu di Mahkamah Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang pengerusi sebuah koperasi di negeri ini direman enam hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu insentif pembayaran projek penternakan lembu tenusu bernilai RM20.3 juta, lapan tahun lalu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 57 tahun yang bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber memaklumkan, suspek sebelum itu ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini kira-kira pukul 3 petang semalam.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran projek tersebut di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP) Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai RM20.3 juta.

“Menerusi maklumat diterima, dua syarikat disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan tersebut kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedangkan tiada pembekalan dibuat,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI