fbpx

Keputusan tidak tanding dua jawatan tertinggi demi kepentingan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Said (kanan) ketika sidang media di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan keputusan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 tidak mempertandingkan jawatan presiden dan Timbalan Presiden adalah demi kepentingan parti.

Beliau berkata demikian, membidas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy, bahawa keputusan tersebut membolehkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus kekal menerajui parti namun menjadi ‘duri dalam daging’ kepada parti dan Kerajaan Perpaduan.

“Itu tafsiran dia. Kita lihat dari perspektif parti. Nanti akan ada pilihan raya negeri (PRN). Bagi mereka parti hancur tak mengapa asalkan mereka menang.

“Parti (bagi kami), lebih penting dan kami tak mahu berpecah, berkelahi lagi. Yang di-Pertuan Agong pun sarankan begitu untuk Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika sidang media di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, perwakilan UMNO meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu kali ini.

Ahmad Said yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu, ketika itu berkata, perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti perwakilan pada (PAU) 2022.

Menurut beliau, hampir 90 peratus perwakilan menyokong usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI