fbpx

Pengguna disaran kaburkan gambar rumah pada Google Street View

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peta Google menyediakan pilihan untuk mengaburkan wajah, rumah, kereta dan butiran peribadi lain. - Google

WASHINGTON – Orang ramai disaran mengaburkan (blur) gambar rumah mereka pada aplikasi Google Street View kerana ia berisiko mendedahkan maklumat peribadi seseorang secara online, lapor portal berita MailOnline semalam.

Medium pemetaan yang boleh diakses umum itu dianggap berguna kepada penjenayah untuk merancang serangan termasuk pecah rumah dan keganasan.

Ia sebelum ini telah mengaburi rumah Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook pada tahun lepas ekoran kebimbangan mengenai pengintipan.

Kini, orang ramai boleh mengaburkan rumah mereka dengan mudah apabila melayari laman web Google Maps.

Pengguna hanya perlu mencari alamat rumah mereka dan gambar rumah akan muncul. Jika terdapat butiran yang ingin dikaburkan, pengguna diminta klik pada tiga titik kecil yang berada di penjuru kiri laman itu.

Ia memberi pilihan untuk ‘Laporkan Masalah’ yang apabila diklik, membolehkan pengguna merekod paparan jalan yang tidak sesuai.

Permintaan boleh dikemukakan untuk mengaburkan muka, rumah, kereta, nombor pendaftaran kenderaan atau objek yang berbeza.

Pengguna juga berpeluang untuk memberitahu Google jika terdapat sebarang masalah dengan kualiti imej.

Satu-satunya butiran yang diperlukan untuk dimasukkan tentang diri anda ialah alamat e-mel. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI