fbpx

Khairul Aming stres, Sambal Nyet pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan Sambal Nyet Khairul Aming yang pecah.

PETALING JAYA – Usahawan, Khairul Amin Kamarulzaman atau dikenali Khairul Aming tertekan dengan khidmat penghantaran barang yang cuai sehingga menyebabkan botol sambalnya pecah.

Beliau yang merupakan selebriti masakan media sosial Malaysia berkata, pihaknya sudah membalut botol Sambal Nyet berkenaan dengan rapi dan hairan apabila ia boleh pecah.

“Saya sudah beberapa kali berdepan dengan isu parcel pecah walaupun ia sudah dibalut tebal seperti bantal. Mungkin perlu dibalut dengan Toto Narita agaknya,” jelasnya yang mengakui sangat tertekan dengan pihak kurier berkenaan.

Seorang pengguna, @paiechan mencadangkan beliau untuk menjual menggunakan laman web sendiri menggunakan kurier lain demi menyedarkan pihak perkhidmatan barangan yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen di Twitter berkongsi pengalaman sama dihadapi Khairul Aming selain ada yang pernah membuat aduan, namun tidak berpuas hati dengan penyelesaian diberikan.

“Barang saya masih belum diterima dan apabila membuat aduan, pihak kurier menyuruh saya membuat tuntutan saja. Padahal, saya mahukan barang tersebut,” ciap seorang pengguna @saiana210487.

“Kita desak supaya semua platform dalam talian memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih kurier,” ciap @miqdamrashid pula.

Hantaran itu meraih 1,200,000 jumlah tontonan dan 10,500 tanda suka setakat ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI