fbpx

Great Eastern Takaful catat rekod hasilkan arca pasir penyu terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arca pasir penyu terbesar di Malaysia berjaya dibina oleh pasukan GETB dan dicatat dalam Malaysia Book of Record.

PETALING JAYA – Pengendali takaful keluarga, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) berjaya mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan penghasilan arca pasir berbentuk penyu terbesar di Malaysia sepanjang 8.8 meter, kelebaran 6.4 meter.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Azlan Shahriman berkata, sebagai pengendali takaful keluarga yang prihatin isu hidupan marin tampil melakukan sesuatu yang luar biasa demi menarik perhatian seluruh warga agensi mengenai pencemaran plastik.

“Laporan berkaitan hidupan marin yang amat terjejas berpunca daripada plastik bukan perkara baharu, malah ia telah berlanjutan sejak sekian lama dan kes-kes seumpama itu semakin bertambah sehingga menyebabkan haiwan marin berdepan risiko kepupusan.

“Arca tersebut dihasilkan bertujuan meningkatkan kesedaran para peserta program dan pengunjung mengenai isu alam sekitar dan pencemaran plastik yang boleh mengancam pelbagai spesis hidupan laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam acara tersebut, hampir 1,200 warga agensi terlibat bertempat di Cherating, Pahang.

Mengulas lanjut, Shahrul berkata, program bertemakan ‘dare to be different, we do it right’ itu mendapat sambutan menggalakkan dan acara kemuncak disempurnakan dengan penyampaian sijil oleh pihak Malaysia Book of Record disaksikan oleh wakil Menteri Besar Pahang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Hamdan Hussin.

“Penglibatan semua tetamu kehormat dalam penghasilan arca tersebut melambangkan kerjasama erat antara Great Eastern Takaful dan pihak kerajaan negeri ke arah merealisasikan objektif perlindungan alam sekitar yang sama.

“Pada hari ini, kami turut membawakan mesin kitar dan penghasilan semula 2-dalam-1 untuk menghasilkan pelbagai barangan baharu yang boleh digunakan seperti sikat, pembaris, penyepit beg serta bekas sabun daripada plastik terbuang.

“Ia adalah sebahagian komitmen kami dalam merealisasikan inisiatif Value Based Intermediation Takaful (VBIT) ke arah penghasilan produk yang inovatif, perkhidmatan serta operasi perniagaan yang mampan di samping memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI