fbpx

Tatacara memotong kuku mengikut sunnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Memotong kuku merupakan salah satu amalan fitrah manusia yang dianjurkan Rasulullah. – GAMBAR HIASAN

Assalamualaikum. Bagaimanakah cara memotong kuku mengikut sunnah?

Jawapan:

Islam sangat menitikberatkan soal kebersihan dalam ruang lingkup skop yang sangat luas. Daripada kebersihan pada perspektif negara hinggalah pada perpsektif individu.

Antaranya juga adalah memotong kuku yang merupakan amalan yang dianjurkan kerana termasuk daripada sunnah Rasulullah saw.

Dari Abu Hurairah ra katanya: “Bersabda Rasulullah saw: Lima perkara daripada tuntutan agama iaitu; berkhatan, mencukur ari-ari, mengerat kuku, mencabut ketiak dan menggunting misai.” (Riwayat Muslim)

Disunatkan memulakan dari tangan kanan kemudian tangan kiri serta memulakan kaki kanan kemudian kaki kiri.

Nabi saw suka memulai sesuatu dengan yang sebelah kanan seperti disebut dalam hadis oleh Aisyah r.h: “Dahulu Rasulullah saw sangat senang mendahulukan sisi yang kanan dalam memakai selipar, bersikat, bersuci dan dalam semua urusannya (yang baik).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adapun penentuan waktu atau hari tertentu untuk memotong kuku dan tatacaranya seperti dimulai dari jari kelingking, kemudian jari tengah, lalu ibu jari, lalu jari manis, lalu jari telunjuk dan seterusnya, maka tidak ada satu pun hadis sahih daripada Nabi saw dalam hal ini. Bahkan, darjat hadis-hadis yang menerangkan secara terperinci tentang penentuan waktu dan hari untuk memotong kuku serta tatacaranya adalah dhoif dan palsu.

Oleh itu boleh bagi kita memotong kuku bila-bila saja, hari apa saja, dimulai dengan jari manapun apabila kuku telah melebihi hujung jari.

Akan tetapi janganlah membiarkan tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh malam seperti diriwayatkan Anas bin Malik maksudnya:

“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.”(Riwayat Muslim).

Hal ini dilakukan agar tiada kotoran terperangkap di bawahnya dan agar tidak menghalangi masuknya air ketika berwuduk dan mandi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI