fbpx

Jumpa mayat lelaki reput dalam guni tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik sedang menjalankan pemeriksaan terhadap mayat dalam guni putih tersebut.

KLANG – Satu mayat dipercayai lelaki yang mulai mereput ditemui berbungkus di dalam sebuah guni berwarna putih di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, di sini semalam.

Mayat yang belum diketahui identiti dan umur itu ditemui orang awam kira-kira pukul 6.10 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mayat hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju.

“Mayat itu dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih.

“Selain itu, keadaan mayat dipercayai lelaki itu telah mulai mereput dan disyaki telah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mayat itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Vijaya memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada talian 03-32912222 serta mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI