fbpx

RMK-12 tidak beri fokus berlebihan untuk projek mega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kiri) bersalaman dengan salah seorang ketua jabatan agensi kerajaan Persekutuan Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang kini memasuki separuh penggal pelaksanaan akan memberi tumpuan kepada projek pendidikan, kesihatan dan kepentingan rakyat termasuk tebatan banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tumpuan RMK-12 dan seterusnya tidak akan memberi fokus berlebihan terhadap projek-projek mega.

“Keperluan dalam RMK seterusnya tumpuan kita beralih daripada projek-projek besar kepada projek yang membantu golongan peringkat bawahan (B40),” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan dan pegawai agensi kerajaan Persekutuan Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau memulakan lawatan rasmi pertamanya di Terengganu dengan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan memberi keutamaan dalam membantu rakyat dalam program-program Rahmah.

Sehubungan itu, beliau mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua kerajaan-kerajaan negeri termasuk yang diterajui pembangkang demi kelancaran projek berkepentingan rakyat.

“Saya minta semua ketua agensi-agensi kerajaan persekutuan (di negeri-negeri) meneruskan kerja mereka dan mengetahui keutamaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI