fbpx

Fatin Afeefa muak muka sendiri masuk FYP TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN Afeefa berkahwin pada hujung Disember lalu.

PENGANTIN baharu, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang tetap dalam radar perhatian walaupun pelbagai kontroversi membabitkan artis lain muncul sepanjang minggu lalu.

Sejak berkahwin dengan usahawan bertaraf jutawan, nama pelakon filem Tentang Bulan itu terus hangat dalam media sosial sehinggakan hampir setiap perkongsian mereka turut diulang siar (repost) oleh peminat.

Bagaimanapun, Fatin mengakui sudah mula jelak melihat video sendiri muncul dalam radar ‘FYP’ (For Your Page) atau tular terutama menerusi aplikasi TikTok.

Pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin itu berharap netizen berhenti merakam dan memuat naik semula siaran langsung yang dibuatnya.

“Bagaimana saya hendak cakap pada orang, boleh tak padam video ini kerana saya sendiri yang melihat pun rasa seperti hendak muntah.

“Kongsikan saja video orang lain asalkan bukan saya di ‘FYP’. Saya juga sering buka TikTok, balik-balik tengok muka sendiri.

“Bukan apa, yang dimaki nanti saya. Ini kerana saya sendiri jarang ‘live’ dalam TikTok, namun ada yang merakam video berkenaan dan memuat naik semula,” katanya.

Alahai, kasihan pula Mizz Lahar dengar rayuan Fatin. Mungkin dia tak sangka sampai ke tahap ini perhatian masyarakat terhadap dirinya.

Mungkin orang kongsi semula videonya sebab seronok tengok gelagat pengantin baharu itu yang comel.

Semoga perkahwinan dan kehidupan pasangan itu terus dilimpahi bahagia.

Mizz Lahar: Tahniah Fyna Jebat jadi isteri Datuk Zainal Abidin. Hebat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI