fbpx

SWCorp arah sisa binaan dilupuskan di tiga lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWCorp memaklumkan kerap menerima aduan sampah haram terutama dari jenis sisa binaan. - Gambar hiasan

CYBERJAYA – SWCorp Wilayah Persekutuan mengarahkan semua sisa binaan di Kuala Lumpur dibawa dan dilupuskan di tiga lokasi di sekitar Selangor mulai 1 Januari lalu.

Ia termasuk di Tapak Pelupusan Lengai Kuang (Rawang), Tapak Pelupusan Lengai Dengkil (Sepang) dan Tapak Pelupusan Sungai Sabai, Kalumpang (Hulu Selangor).

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, sebelum ini, tapak pembuangan sisa terdekat bagi Kuala Lumpur iaitu di Sungai Kertas (Gombak) sudah ditutup pada 31 Disember lalu.

Beliau berkata, pihaknya mengingatkan pemilik bangunan agar mematuhi arahan berkenaan dan tidak melupuskannya di tapak pembuangan sampah haram.

“Kami akan meningkatkan operasi penguatkuasaan dan intipan bagi memastikan arahan itu dipatuhi sebaik mungkin memandangkan pembangunan di Kuala Lumpur adalah amat pesat malah, kami kerap menerima aduan sampah haram terutama dari jenis sisa binaan.

“Tahun lalu, sebanyak 42 ‘hotspot’ sampah haram telah dilaporkan di mana 29 daripadanya adalah hotspot pembuangan sisa binaan dengan jumlah keseluruhan sisa binaan dilupuskan sebanyak 326 tan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, siasatan menunjukkan, jumlah sisa binaan mendominasi tapak pembuangan haram itu berbanding keseluruhan 344.3 tan sisa sampah.

Menurutnya, pemilik bangunan juga perlu memastikan kontraktor yang dilantik untuk melupuskan sisa binaan itu mempunyai lesen sah dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) supaya sisa dihantar ke tapak pelupusan yang dibenarkan.

Katanya, SWCorp WP memohon kerjasama semua pihak untuk membuat aduan sampah saham atau apa-apa sahaja aduan di bawah skop perkhidmatan SWCorp ke talian Hotline 1800887472, 03-2245 9292, [email protected] atau melalui sistem aduan di https://swcorp.spab.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI