fbpx

Bekas banduan disyaki laku 19 pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan (tengah) menunjukkan sebahagian barangan disyaki dicuri yang dirampas di Balai Polis Ayer Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara tiga tahun lalu kembali diberkas polis selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.

Perbuatan jenayah lelaki berusia 40 tahun itu tersebut terbongkar apabila video kelibatnya dirakam oleh seorang saksi baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek yang berusia 40 tahun berkenaan berjaya diberkas polis pada Ahad lalu.

“Siasatan awal mengesyaki dia melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Kampung Gong Pauh dan Gong Limau di sini sejak bulan Julai tahun lalu.

“Kita percaya penahanan suspek telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 19 kes pecah rumah melibatkan kerugian dianggarkan RM120,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hanyan berkata, serbuan berjaya menemukan beberapa barangan yang disyaki dicuri seperti jam dan gelang tangan, tabung duit dan telefon bimbit.

Tambah beliau, semakan mendapati suspek yang masih bujang mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes pecah rumah dan penyalahgunaan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI