fbpx

17 maut penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Peru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja sebuah pasar raya memeriksa kemusnahan yang berlaku selepas pertempuran antara polis rusuhan dan penunjuk perasaan di Puno, kelmarin. - AFP

JULIACA, PERU – Sekurang-kurangnya 17 orang maut di Peru kelmarin, ketika penunjuk perasaan yang menyerbu sebuah lapangan terbang bertempur dengan pasukan keselamatan dalam siri keganasan terbaharu yang dicetuskan oleh krisis politik berbulan-bulan negara itu.

Babak terbaharu pertumpahan darah itu berlaku di bandar tenggara, Juliaca, dalam wilayah Puno.

Angka kematian sebelum ini iaitu 12 orang, kini meningkat ketika lima lagi daripada 40 yang cedera meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Seperti yang berlaku bulan lepas, penunjuk perasaan mendesak peletakan jawatan Presiden Dina Boluarte, yang berkuasa selepas penyingkiran dan penahanan bekas presiden, Pedro Castillo pada 7 Disember lepas.

Penyingkiran Castillo dilakukan selepas beliau cuba membubarkan Kongres dan mula memerintah menerusi dekri. 

Bekas pemimpin tersebut sebelum itu menghadapi beberapa siasatan kes rasuah sekali gus mencetuskan pertempuran berminggu-minggu di seluruh negara.

Secara keseluruhan, dengan angka kematian baharu tersebut, pertempuran yang tercetus disebabkan penyingkiran Castillo kini telah menyebabkan 39 orang meninggal dunia di seluruh negara.

Menurut seorang pegawai di Hospital Calos Monge, mereka yang terbunuh kelmarin mempunyai kecederaan akibat ditembak.

“Polis menembak mereka. Kami menuntut Dina agar berundur. Terimalah kenyataan bahawa rakyat tidak mahu anda (mentadbir negara),” kata seorang penunjuk perasaan.

Sementara itu, Ketua Kakitangan Presiden, Alberto Otarola berkata, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan menyerang polis ketika cuba menyerbu lapangan terbang dengan senjata serta serbuk pistol.

Pada kelmarin, peserta tunjuk perasaan menghalang jalan-jalan di enam bahagian Peru termasuk kawasan-kawasan yang terkenal dalam kalangan pelancong. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI