fbpx

Perkhidmatan terbaik antara misi utama KPKT kepada rakyat- Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tengah) bersama petugas JBPM pada Majlis Amanat Tahun Baharu YB KPKT 2023, di Putrajaya, hari ini. - Foto ihsan KPKT

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk memastikan perkhidmatan terbaik sebagai antara misi utama kepada rakyat pada 2023.

Langkah itu termasuk penyelenggaraan jalan raya agar rata, longkang tidak tersumbat, lampu jalan terang dan tandas awam yang bertaraf Bersih, Menawan, Wangi (BMW).

Menurut menterinya, Nga Kor Ming, empat perkara asas itu sering menjadi isu utama bagi masyarakat terutama dari segi keselamatan awam dan ketika berlaku bencana banjir kilat.

“Walaupun ini kelihatan asas dan ringkas, tetapi ia sentiasa dekat di hati rakyat kita,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu YB KPKT 2023, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa penyelesaian kepada isu asas tersebut akan menjadi kayu pengukur kecekapan PBT menyampaikan perkhidmatannya kepada rakyat.

Ini ujarnya, termasuk menggariskan tatacara pengendalian prosedur operasi standard (SOP) yang lebih mudah diikuti dan diaplikasikan tanpa menyusahkan orang awam.

Kor Ming turut mengimbau pengalaman beliau selepas lebih sebulan di kementerian itu hasil tinjauan spontan untuk melihat sendiri tahap penyelenggaraan para petugas PBT.

Berdasarkan lawatan mengejut itu, beliau telah menggesa semua PBT meningkatkan imej 18,000 tandas awam di seluruh negara agar berstatus BMW terutama di lokasi tumpuan.

Beliau juga menubuhkan pasukan tindakan khas bagi diselesaikan 550 projek perumahan ‘sakit’ selain mengisi semua 39 jawatan dalam tribunal tuntutan pembeli rumah dan strata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI