fbpx

Selesai konsert, Qi Razali tinggalkan OAG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Konsert OAG 30 Tahun Generasiku baru-baru ini menjadi pentas terakhir Qi Razali beraksi bersama kumpulannya, OAG.

BANYAK kali Diva dengar tentang kemeriahan konsert OAG yang berlangsung di Shah Alam, Selangor beberapa minggu lalu.

Habis konsert, lain pula yang jadi apabila pemain dram kumpulan itu, Qi Razali menjelaskan dalam satu ciapan Twitter bahawa itu menjadi konsert terakhirnya bersama OAG.

“Saya sudah membuat keputusan bahawa itu persembahan terakhir dengan OAG. Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini.

“OAG tetap akan terus wujud, jangan risau. Kekuatan bukan terletak pada pemain dram jadi boleh saja ganti dengan sesiapa pun.

“Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku. Kalau sokong kerjaya aku, berilah galakan untuk langkah kali ini,” katanya.

Memang sedih juga tetapi itu pilihan yang sudah diambil oleh Qi.

Mungkin dia juga inginkan satu perubahan besar dalam hidup untuk hari-hari mendatang. Sebagai peminat, kenalah beri sokongan atas apa jua keputusan Qi, moga itu yang terbaik.

DIVA: Masya Masyitah macam tak serik ditegur kerana berpakaian tak sesuai. Kalis kecaman agaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI