fbpx

Wanita miliki tangan ‘dinosaur’ terima diri seadanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laramee meniru pergerakan dinosaur velociraptor animatronik. - Kennedy News/ cassidylaramee

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yang dilahirkan dengan tiga jari pada setiap tangan mendedahkan kelebihan yang diperoleh di sebalik kekurangannya, lapor akhbar New York Post semalam.

Cassidy Laramee menceritakan perkara tersebut dalam sebuah klip video yang kini tular di TikTok.

“Orang selalu kata saya mempunyai tangan dinosaur velociraptor atau Tyrannosaurus rex (T-Rex),” kata Laramee kepada laman berita Kennedy News and Media.

Wanita itu menerima kekurangannya, selain kerap berkongsi video-video lucu bersama imej dinosaur dan rakaman suara dari film ‘Jurassic Park’.

Dalam sebuah klip video, dia dilihat meniru pergerakan dinosaur animatronik di sebuah taman hiburan.

Laramee berkata, penampilannya yang pelik itu menyebabkan dia sering menjadi sasaran gangguan yang kerap.

“Ketika darjah tiga, saya dibuli di sekolah, jadi saya akhirnya berpindah dan tukar sekolah,” katanya.

Antara kelebihan buat Laramee apabila mempunyai tiga jari termasuklah mendapatkan syiling terselit dalam sofa dan diskaun besar di salun kuku.

Laramee kini menggunakan ‘tangan cakarnya’ dengan membuat acuan sarung tangan untuk dijual dalam talian. Dia berharap akan memberi inspirasi kepada orang lain yang mengalami nasib yang sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI