fbpx

Remaja hilang ditemui lemas di air terjun Asahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mengeluarkan mayat mangsa dari kawasan air terjun di taman rekreasi Laman 3 Budaya, Asahan, Melaka, awal pagi tadi.

JASIN – Seorang remaja yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama rakannya di hutan berhampiran taman rekreasi Laman 3 Budaya, Asahan di sini semalam, ditemui lemas di kawasan air terjun, awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Muhammad Radif Azahari, 19, ditemui pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin (BBP) serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Melaka Tengah pukul 1.29 pagi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jasin (BBP) Jasin, Penguasa Bomba Kanan II, Seleman Tugi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.24 malam dan seramai 16 anggota bersama dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Maklumat daripada pemanggil memaklumkan dia dan rakannya pergi ke kawasan rekreasi berkenaan berdua sebelum mangsa hilang pada pukul 7 malam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di lokasi dalam jarak 500 meter dari tempat mangsa dipercayai hilang dan selepas tiga jam operasi dilakukan, mayat remaja berkenaan ditemui di kawasan air terjun,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Seleman memberitahu, laporan kehilangan mangsa telah dibuat oleh rakannya di Balai Polis Tangkak, Johor.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Tangkak bagi proses bedah siasat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI