fbpx

Wanita hampir lemas, seakan ‘ditarik’ ketika mandi-manda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok @2413hm

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan situasi panik akibat hampir lemas ketika sedang mandi-manda di kawasan Air Terjun Serendah, Hulu Selangor.

Menerusi video yang dikongsi oleh @2413hm, difahamkan wanita tersebut seakan-akan ‘ditarik’ ketika sedang mandi di bawah air terjun itu.

Tidak lama selepas itu, kedengaran jeritan meminta tolong sekali gus mengejutkan pengunjung di sekeliling yang segera bertindak untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

“Siapa yang mandi-manda di Air Terjun Serendah ini, pastikan pandai berenang dan imbang badan. Nampak air terjun itu macam kita boleh rempuh masuk, tapi hakikatnya air sangat deras sehingga kita tidak mampu nak kawal badan kita.

“Lagi tinggi air terjun itu, lagi dalam pusar di bawah pasir itu. Semoga kakak yang (hampir) lemas itu baik-baik sahaja. Terima kasih kepada semua abang penyelamat yang cekap dan tangkas,” tulis @2413hm di video tersebut.

Tambahnya lagi, sebelum kejadian tersebut, terdapat dua orang juga hampir lemas pada waktu yang sama tetapi sempat berpaut pada kayu disekeliling.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata pengunjung yang pernah ke kawasan rekreasi itu turut mengalami situasi yang sama dimana mereka hampir lemas.

“Air Terjun Serendah ini bawah tu memang sudah dalam sebab air terjun sangat kuat jadi tanah terhakis. Saya pernah masuk bawah tu memang air kuat bergolak,” komen seorang netizen

“Saya dua tahun lepas hampir nak lemas, kena tarik kat pusaran air itu memang bahaya kat situ kalau tak pandai,” luah netizen yang lain pula.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 674,100 tontonan, 21,000 tanda suka dan 913 perkongsian.

Terdahulu, pada Oktober tahun lepas, seorang remaja maut apabila ditemui di dasar sungai tersebut dalam keadaan tidak bernyawa selepas cuba menyelamatkan rakannya yang lemas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI