fbpx

Tertekan bini minta duit, lelaki buat laporan palsu disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PONTIAN – Gara-gara menghadapi masalah kewangan, seorang lelaki ditahan kerana membuat laporan palsu mendakwa disamun oleh dua lelaki di Jalan Parit Kassim, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pengadu yang berusia 30 tahun itu kemudian telah membuat laporan polis yang mendakwa telah diacukan senjata berupa pisau ke arah dirinya.

Katanya, selain itu pengadu mendakwa kedua-dua lelaki tersebut telah mengambil wang tunai sebanyak RM300 dan sebuah jam tangan jenama ‘G- Shock ‘.

“Hasil siasatan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Pontian, lelaki tersebut ditahan kerana didapati telah membuat satu laporan palsu.

“Pengadu telah mengalami masalah kewangan dan gagal mengikuti kehendak isterinya yang meminta duit serta gagal menunjukkan lokasi sebenar kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam tular di media sosial laporan polis yang dibuat oleh pengadu seorang penghantar makanan mendakwa telah ditahan oleh dua lelaki berbangsa India dengan menaiki motosikal Yamaha Lagenda berwarna kuning tanpa nombor pendaftaran.

Laporan polis tersebut mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi ketika pengadu melalui Jalan Parit Kassim menuju ke destinasi yang tidak dinyatakan dari rumah kediamannya di Taman Sri Pinang, Jalan Parit Mesjid.

Pengadu menyebut salah seorang lelaki telah menarik jaket pengandu sehingga terkoyak dan memaksa pengadu mengeluarkan dompet dan seorang lagi telah mengeluarkan senjata berupa pisau.

Tambah Mohammad Shofee, pengadu akan disiasat dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI