fbpx

Ramai penjawat awam terlibat najis dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap 687 penjawat awam atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang tahun lepas.

Usaha ini sebagai bukti JSJN tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Lima orang daripada mereka merupakan Pegawai Kanan sebuah agensi penguatkuasa di Pahang yang telah ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Menerusi akaun rasmi Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM, seramai 163,740 orang di bawah pelbagai seksyen kesalahan membabitkan dadah sepanjang tahun lepas.

Hantaran infografik kejayaan 365 hari JSJN 2022 yang dimuat naik di akaun rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM, petang tadi.

Antara kesalahan yang disiasat adalah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Sementara itu, sebanyak 4,305 kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan tangkapan sebanyak 6,612 orang dan seramai 1,261 individu ditahan di bawah Seksyen 3(1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Jelas kenyataan itu turut ditumpaskan 229 sindiket yang melibatkan 709 orang, diikuti tangkapan salah seorang ketua sindiket terbesar di Sabah.

“Ketua sindiket terbesar itu terlibat secara aktif dalam aktiviti pengedaran ekstasi, minuman jus yang mengandungi kandungan dadah di pusat hiburan.

“Selain itu, 15 buah makmal dadah haram berjaya dibongkar dengan lima tangkapan ke atas ahli kimia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, kejayaan JSJN dari sudut rampasan pula adalah sebanyak 18.4 tan pelbagai jenis dadah dan 3,437 liter pelbagai jenis cecair dadah, 106.4 tan daun ketum dan 52,886 liter air ketum yang membawa nilai rampasan adalah sebanyak RM 461 juta.

“Bagi Op Tapis Khas Siri 1 hingga Siri 7 di seluruh negara sepanjang tahun 2022, kami menyasarkan kawasan sarang penagih, penempatan Felda, Kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), jeti nelayan, pengkalan haram serta lokasi aktif yang menjalankan kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Hasil sepanjang operasi tersebut dijalankan, seramai 25,566 individu berusia di antara 13 hingga 71 tahun ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 4,046 tokan dan 1,444 orang yang dikehendaki (wanted person).

“Turut dirampas sebanyak 2,032.87 kg dan 7,485.68 liter pelbagai jenis dadah dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM19.2 juta yang boleh digunakan oleh seramai 533,456 orang penagih dadah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI