fbpx

Perjanjian MA63: Projek bawah RM50 juta diserahkan kepada Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan bersetuju menetapkan mana-mana projek di bawah RM50 juta diserahkan hampir sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan keperluan untuk menyegerakan beberapa hal yang masih tertangguh dalam isu Perjanjian Malaysia (MA63).

“Ada beberapa perkara yang tertangguh umpamanya keputusan menyegerakan beberapa projek walaupun terdapat Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak, tetapi kata putus perlu dibuat di Putrajaya.

“Jadi walaupun peruntukan besar diberikan, tetapi tidak dapat dipenuhi kerana norma pentadbiran perlu mengikut peraturan biasa yang terpaksa merujuk kepada Persekutuan,” katanya dalam satu sidang media petang tadi.

Anwar berkata, beliau akan mempengerusikan majlis tindakan pelaksanaan perjanjian tersebut yang bakal diadakan akhir bulan ini di Kuching Sarawak, dimana Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah juga dijangka menyertai pertemuan itu.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak RM16 juta telah diberikan pada peringkat awal dan selebihnya berjumlah RM25 juta namun jumlah tersebut harus dikaji semula setiap lima tahun.

“Kita akan memuktamadkan sesegera mungkin untuk pastikan ada peningkatan jumlah yang munasabah dan peruntukan yang berbeza selari dengan MA1963 yang menuntut kerajaan persekutuan memberikan peruntukan khas kepada Sabah dan Sarawak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI