fbpx

Kerajaan Negeri Sembilan galak orang ramai pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Negeri Sembilan Command Center (NeSCOM) di Jalan Pekeliling, Seremban hari ini

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menggalakkan orang ramai supaya memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jika jumlah jangkitan semakin meningkat beliau tidak menolak kemungkinan pemakaian pelitup muka akan kembali diwajibkan.

“Jika kes (jangkitan) mendadak meningkat, kerajaan negeri akan berbincang semula dengan Jawatankuasa Bencana Negeri Sembilan untuk diaktifkan keperluan.

“Sebagai contoh diwajibkan mengenakan pelitup muka di jabatan-jabatan atau masjid serta apa-apa tindakan perlu supaya dapat dikawal lebih awal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Negeri Sembilan Command Center (NeSCOM) di sini hari ini.

Aminuddin berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, kerajaan negeri akan turut mewajibkan pemakaian pelitup muka pada majlis Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-75, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 14 Januari ini.

“Saya ada bertemu Tuanku Muhriz pagi tadi dan baginda mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menggalakkan masyarakat menggunakan pelitup muka dalam program-program.

“(Kerajaan negeri) juga akan mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika hari keputeraan baginda di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI