fbpx

EPL: Lenglet cetus hangat dalam kem Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LENGLET mendakwa Spurs gagal bermain secara tersusun sekali gus menyumbang kekalahan mereka ketika bertemu Villa. – AFP

LONDON – Tonggak pertahanan Tottenham Hotspur, Clement Lenglet mungkin menaikkan kemarahan rakan sepasukan selepas menuduh mereka bermain secara tidak tersusun selain kurang semangat profesional.

Spurs memulakan aksi 2023 dengan langkah kiri selepas tewas mengejut 0-2 kepada Aston Villa di laman sendiri Ahad lalu sehingga dicemuh penyokong sendiri sebaik sahaja perlawanan tamat.

Justeru, Lenglet berharap mereka menjadikan kekalahan tersebut sebagai iktibar bagi memastikan Spurs bangkit ketika berdepan Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park awal pagi esok.

“Kami semua tidak mahu memulakan tahun baru dengan keputusan sebegini. Apa yang pasti, saya dan rakan sepasukan bermain secara tidak tersusun ketika menentang Villa dalam perlawanan terdahulu.

“Saya tahu tidak mudah untuk kami bangkit selepas kekalahan tersebut, namun semua pemain perlu pastikan permainan akan menjadi lebih baik apabila turun bertemu Palace nanti,” kata pemain pinjaman dari Barcelona itu.

Pemain antarabangsa Perancis itu turut menggesa pemain-pemain pertahanan supaya meningkatkan kualiti permainan selepas menyaksikan Spurs ke­tinggalan dalam 10 perlawanan berturut-turut.

“Kami perlu ubah sesuatu dalam pasukan jika tidak mahu perkara ini berulang. Memang kami buat banyak latihan sepanjang minggu, tetapi tidak ada keserasian, jadi ia menyebabkan pasukan berada dalam keadaan sukar apabila lawan menja­ringkan gol,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI