fbpx

Budak 9 tahun hidup seksa melecur separuh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESAN melecur yang dialami seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun selepas terkena api namun setelah lima hari tidak mendapat rawatan sepatutnya.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki melecur di bahagian badan sebelah kanan dari bawah ketiak hingga ke paha akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kudus, Pontian Jumaat lalu.

Bagaimanapun, setelah lima hari berlalu, mangsa berusia sembilan tahun itu tidak dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan rapi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohd. Shofee Tayib berkata, perkara itu terbongkar selepas pengadu yang merupakan rakan kepada ibu mangsa membuat laporan polis Balai Polis Pontian.

Beliau berkata, pengadu mengetahui mengenai perkara itu menerusi kumpulan whatsapp keluarga apabila nampak gambar anak lelaki kepada kenalannya yang dikenali sebagai Syikin.

Katanya, pengadu didapati budak tersebut tidak dibawa oleh ibu bapanya ke mana-mana hospital untuk mendapatkan rawatan dan kanak-kanak tersebut masih lagi berada di rumahnya tanpa ada sebarang rawatan.

“Laporan dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan ibu bapanya yang masih membiarkan anaknya tidak menerima rawatan walaupun lima hari berlalu. Sehingga laporan ini dibuat, luka mangsa semakin teruk dan lukanya sudah mula berbau,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semasa anggotanya sampai ke lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tidak berpakaian berada di luar rumah untuk dibawa ke hospital oleh keluarganya.

Tambahnya, hasil pemeriksaan awal keatas anggota badan mendapati terdapat kesan terbakar dan melecur di beberapa bahagian seperti di bahagian kanan badan hingga ke kaki, bahagian lengan kiri, kedua-dua bahagian dalam peha, bahagian telinga kanan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Pontian menaiki ambulan untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurut beliau, ibu bapa mangsa berusia 36 dan 33 tahun telah ditahan pada jam 2 pagi pada Selasa untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI