fbpx

‘UMNO mesti bersama Pas jika mahu bangkit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Mohamad Abduh.

PETALING JAYA – Anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh berpandangan UMNO perlu bersama Pas sebagai rakan politik jika parti itu mahu bangkit daripada kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, beliau menghormati pilihan Presiden UMNO menolak untuk bersama Perikatan Nasional (PN) atas faktor UMNO akan dimatikan di dalam PN dan melihat PH akan memberi UMNO sedikit nafas serta kekuatan.

“Betul atau salah, saya hormatinya sebagai pilihan yang terpaksa dibuat. Cuma pandangan saya adalah konsisten sebagaimana sebelum ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, UMNO telah pun bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN), malangnya salah faham berterusan yang gagal diselesaikan telah memalapkan MN dan hubungan antara Pas dan UMNO.

Beliau mendakwa, kini terdapat dua kumpulan dalam UMNO dan beliau tetap konsisten mengajak mereka untuk bersama Pas membina negara walau kumpulan mana yang akan memimpin UMNO nanti.

“Segala salah faham boleh diselesaikan. Kemenangan besar bukan dengan membunuh, tetapi dicapai dengan perdamaian. Bukankah begitu ‘fathu Makkah’?

“Politik negara telah menzahirkan pelbagai kepelikan. Ia bermaksud tiada yang mustahil dalam politik. Biarlah kalau mulut kuat sembang. Jangan pula muka yang tersembam,” ujarnya.

Terdahulu, beliau mendakwa perpecahan dalaman, kekalutan perebutan kuasa di dalam kerajaan serta persaingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memalapkan usaha-usaha untuk meneguhkan semangat Islam di dalam UMNO.

Justeru, katanya, UMNO mesti kembali kepada Islam kerana UMNO pernah menunjukkan tekad ke arah itu dan melakukan pindaan dalam perlembagaan parti tersebut yang meletakkan Islam di tempat utama.

“Adakah itu hipokrit? Allah yang maha tahu. Saya tidak akan menghukum. Bagi saya, pilihan UMNO untuk bersama PH adalah tindakan terdesak akibat hilangnya keyakinan terhadap PN, bukan terhadap Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`