fbpx

Sambutan Tahun Baharu dibatalkan kerana walrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thor memerlukan lebih masa untuk berehat dan memulihkan diri sebelum meneruskan perjalanannya. – PA

LONDON – Sebuah bandar tepi pantai di England terpaksa membatalkan acara sambutan Tahun Baharu 2023 selepas seekor walrus ditemui naik ke darat dan berehat di sebuah jeti, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Pihak berkuasa tempatan membuat keputusan membatalkan pertunjukan bunga api kerana bimbang ia akan menakutkan walrus jantan dewasa yang dinamakan Thor itu.

Mamalia laut itu ditemui sedang berehat di tepi jeti di bandar Scarborough pada 30 Disember lepas.

Ia dipercayai berasal dari Kanada dan mungkin berehat seketika di tengah-tengah perjalanan  ke habitat di Lautan Artik.

Susulan kehadian walrus tersebut, pakar-pakar marin menasihati Majlis Daerah Scarborough untuk membatalkan pertunjukan bunga api berikutan kebimbangan bahawa ia boleh memberi kesan emosi dan membuatkan haiwan itu berasa tertekan.

Penyelaras kawasan Yorkshire dan Lincolnshire bagi Penyelamat Marin Penyelam British (BDMLR), Chris Cook berkata, mereka menghargai keputusan pihak berkuasa untuk membatalkan pertunjukan bunga api meskipun sedar ia mungkin mengecewakan sebilangan orang.

“Adalah sesuatu yang amat jarang untuk walrus Artik naik ke darat di pantai Yorkshire.

“Namun, mamalia itu memerlukan lebih masa untuk berehat dan memulihkan diri sebelum meneruskan perjalanannya.

“Kami juga tahu ramai yang berminat untuk melihat haiwan itu, namun berharap agar ia tidak diganggu,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN