PETALING JAYA – Barangan jualan untuk persiapan bulan Ramadan dan hari raya Aidilfitri musnah berikutan kejadiaan kebakaran yang melibatkan gedung tekstil terkemuka milik Jakel Seksyen 7, Shah Alam hari ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kejadian membabitkan bangunan lima tingkat dan tiga tingkat seluas 80,000 kaki persegi itu dianggarkan melibatkan kerugian ratusan juta ringgit.
“Selain premis, barangan jualan untuk persiapan bulan Ramadan dan hari rava tahun ini turut hangus.
“Buat sementara ini, operasi perniagaan akan tergendala dan kita merancang mencari tapak perniagaan baru di sekitar Shah Alam.
“Buat masa ini, para pelanggan diminta berkunjung ke Jakel Bangi, Jakel Bandar Tun Hussein Onn atau Jakel Mall Kuala Lumpur bagi mendapatkan barang-barang keperluan seharian dan Hari Raya yang tidak lama lagi,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas Mohamed Faroz, meskipun premis terlibat tidak beroperasi seperti biasa, nasib lebih 500 kakitangan di gedung itu tidak akan diabaikan.
“Jakel akan tetap membavar gaji semua kakitangan kami di sini,itu adalah komitmen saya kepada mereka,” ujarnya.
Jakel juga katanya, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak bomba yang segera hadir ke lokasi dan bertungkus lumus memadam kebakaran selain polis yang turut mengawal keselamatan setempat.
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong kami dalam apa jua keadaan.
“Ribuan terima kasih juga kepada pihak media yang sentiasa memberikan laporan terkini dari lokasi. Saya turut menerima banyak panggilan daripada mereka dan kenalan yang turut berkongsi rasa terkilan dan simpati di atas keiadian berlaku di lakel Shah Alam pada hari pertama tahun 2023 ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.














