fbpx

‘Saya takut, risau tugas begitu besar’ – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI RAMLI

PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengakui berasa sedikit takut dan risau untuk mendepani tahun 2023 khususnya dalam membantu memulihkan ekonomi negara.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau juga risau dengan tugas yang begitu besar digalasnya buat masa ini.

“Saya menerima kehadiran 2023 dengan rasa yang bercampur-campur. Sedikit takut, risau dengan tugas yang begitu besar dan kesal dengan masa yang pernah saya bazirkan.

“Doa saya supaya setiap daripada kita menghargai masa kerana itulah harta yang paling berharga.

“Semoga 2023 dimanfaatkan dengan lebih baik kerana setiap saat tidak akan kembali,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini.

Menurut Rafizi, setiap kali melangkah ke tahun baharu, beliau berasa sedih berbanding gembira kerana ‘harta’ (hubungan dengan Allah) semakin berkurangan disebabkan masa yang semakin singkat.

Jelasnya lagi, beliau mungkin mempunyai wang yang lebih sekarang berbanding sebelum ini, tetapi tidak mengagihkan masa yang cukup untuk memperbaiki hubungan dengan Allah S.WT.

Rafizi berkata, semua harta lain boleh diganti yang mana wang yang hilang, jika berusaha boleh jadi kaya. Malah kuasa yang hilang, jika diusahakan juga boleh kembali berkuasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI