fbpx

Mahkamah Antarabangsa diminta adili Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYOKONG Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP) mengibarkan bendera Palstin di Bandar Gaza pada 8 Disember tahun lalu. -- AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Perhimpunan Agung PBB kelmarin meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa mempertimbangkan akibat bagi Israel berhubung pendudukan ke atas wilayah Palestin, sehari selepas kerajaan ultranasionalis Yahudi mengambil alih tampuk pemerintahan.

Perhimpunan Agung mengundi 87-26, manakala 53 negara berkecuali dalam resolusi itu, dengan negara-negara Barat berpecah tetapi hampir sebulat suara menyokong dunia Islam, termasuk negara-negara Arab yang memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Russia dan China turut menyokong resolusi tersebut.

Resolusi itu menyeru mahkamah PBB di The Hague, Belanda menentukan ‘akibat undang-undang yang timbul daripada pencabulan berterusan Israel terhadap hak rakyat Palestin dalam menentukan nasib mereka sendiri’ serta langkah-langkah ‘bertujuan untuk mengubah komposisi demografi, watak dan status” kota suci Baitulmuqaddis.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, undian itu menghantar isyarat jelas kepada kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengenai usaha beliau untuk ‘mempercepatkan dasar penjajah dan perkauman’ dan memuji negara-negara lain di dunia yang ‘tidak terpengaruh oleh ancaman dan tekanan.

“Kami percaya walau apa pun undian anda hari ini (kelmarin), jika anda percaya kepada undang-undang dan keamanan antarabangsa, anda akan mengiktiraf keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa,” kata Mansour.

Bercakap menjelang sesi pengundian, Duta Israel, Gilad Erdan menggelar resolusi itu sebagai ‘noda moral pada PBB.’

“Tiada badan antarabangsa boleh memutuskan bahawa orang Yahudi adalah penjajah di tanah air mereka sendiri,” kata Erdan.

“Sebarang keputusan daripada badan kehakiman yang mendapat mandat daripada PBB yang muflis moralnya dan dipengaruhi politik adalah sama sekali tidak sah,” katanya.

Resolusi itu juga menuntut Israel menghentikan pembinaan penempatan haram tetapi undian Perhimpunan Agung tidak mempunyai kuasa undang-undang, tidak seperti resolusi Majlis Keselamatan di mana sekutu Israel, Amerika Syarikat mempunyai veto.

AS, Britain dan Jerman menentang resolusi itu, manakala Perancis berkecuali. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI