fbpx

Kampung diserang lalat, penduduk terpaksa tutup pintu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASMADI menunjukkan pelekat yang memerangkap lalat di rumahnya di Kampung Pasir Sotong, Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH – Kehidupan penduduk Kampung Pasir Sotong dan Kampung Raja Dagang di sini yang sebelum ini tenang kini bertukar rimas apabila mereka diserang lalat dan nyamuk sejak minggu lalu.

Penduduk mendakwa, masalah itu berpunca daripada ketiadaan sistem perparitan yang sempurna terutamanya selepas banjir minggu lalu, sekali gus menjadi tempat lalat dan nya­muk membiak.

Asmadi Mohamad, 60, berkata, kehadiran lalat dan nyamuk semakin menjadi-jadi selepas kawasan rumah penduduk dinaiki air semasa banjir baru-baru ini.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggunakan perangkap lalat, namun tetap tidak berhasil.

“Penduduk hanya mampu menutup pintu rumah untuk mengelakkan serangga itu datang menghurung makanan.

“Keadaan persekitaran yang lembab dan longgokan sampah yang dibuang di kawasan tong sampah juga menjadi punca serangga itu membiak dengan cepat,” katanya ketika ditemui Kos­mo! Ahad di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Zukinazari Mohamed, 48, memberitahu, keadaan persekitaran rumah yang sering digenangi air sepanjang tahun mungkin menjadi tempat nyamuk membiak.

Katanya, kawasan parit dan sistem perparitan yang sesuai amat diperlukan penduduk untuk mengalir keluar air yang bertakung ke sungai.

Sementara itu, Ketua Unit Perlesenan dan Kesihatan Persekitaran, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Mohd. Haqqul Mubin Othman berkata, operasi memungut dan membersihkan longgokan sampah sarap yang dibuang penduduk selepas banjir sudah dilakukan sejak kelmarin.

Katanya, jentolak dan beberapa buah lori tiga tan terpaksa digunakan untuk membersihkan persekitaran tong sampah di seluruh lokasi pembuangan sampah di daerah ini.

“MDPP menyedari longgokan sampah yang melimpah ke jalan raya selepas banjir, namun masalah itu telah diselesaikan. Semoga masalah lalat yang merimaskan penduduk juga berjaya diselesaikan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI