fbpx

JPJ Terengganu kutip bayaran kompaun trafik RM2.28 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkarnain (kanan) memeriksa sebuah kereta dalam Operasi Bersepadu Khas Ambang Tahun Baharu 2023 di Gong Badak, Kuala Nerus lewat malam tadi.

KUALA NERUS – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengutip RM2.28 juta hasil bayaran kompaun kesalahan trafik pengguna negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, ia melibatkan pengeluaran 33,753 notis kompaun atas pelbagai kesalahan trafik.

“Tiga kesalahan utama adalah pemasangan cermin gelap (8,669 kes), tiada lesen memandu (6,504) dan lesen memandu tamat tempoh (6,384).

“JPJ juga memandang serius kesalahan membabitkan kenderaan barangan dan kenderaan berat apabila 2,230 kesalahan lebih muatan serta muatan bahaya dikesan di negeri ini sepanjang tahun lalu,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui ketika mengetuai Operasi Bersepadu Khas Ambang Tahun Baharu 2023 di Gong Badak di sini hari ini.

Zulkarnain berkata, secara keseluruhan, 224,760 buah kenderaan telah diperiksa di Terengganu sepanjang tahun lalu.

Jelas beliau, 29,949 pemeriksaan itu berakhir dengan tindakan penguatkuasaan berikutan pelbagai kesalahan trafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI