fbpx

Insiden rempuhan: Penganjur tegas tidak benarkan penonton berada berhampiran litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan di Litar Dato' Sagor, Kampong Gajah di Pasir Salak semalam. - Foto AINSAFRE BIDIN

PASIR SALAK – Penganjur pertandingan CCT Battle of Champion, Yano Autopart menegaskan pihaknya tidak membenarkan sebarang penonton untuk berada berhampiran dengan kawasan litar sewaktu perlumbaan sedang berlangsung.

Penyelaras pertandingan itu, Yano Al-Mahadzir berkata, seramai 10 orang marshal sudah diberikan taklimat mengenai aspek keselamatan seperti kawasan yang tidak sepatutnya mempunyai penonton.

Katanya, mereka juga ditempatkan di lokasi-lokasi tersebut bagi memastikan tiada penonton berada di sana.

“Semasa mula pertandingan, tiada siapa berada di sana (kawasan kemalangan), cuma di lap terakhir orang berlari dan duduk di situ,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media semalam melaporkan mengenai kematian seorang penonton, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, yang dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika perlumbaan sedang berlangsung.

Kejadian berpunca apabila dua kereta yang sedang berlumba bergesel dengan salah satunya terbabas sebelum merempuh Allahyarham yang berada berhampiran dengan litar itu.

Mengulas lanjut, Yano berkata, kejadian itu tidak pernah berlaku sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam acara sedemikian di Litar Dato’ Sagor.

Sementara itu, pengendali Litar Dato’ Sagor, Cilik Motorsport menerusi wakil dikenali sebagai Razali berkata, pihaknya telah menasihati Yano Autopart berhubung aspek keselamatan.

“Sebelum ini semasa kami ambil alih sebagai pengendali, tak ada tayar penghadang. Apa yang ada ketika ini kami sendiri tambah.

“Kami sudah beritahu penganjur, sekiranya tak cukup tayar penghadang, tambah. ‘Grandstand’ juga sudah disediakan, jadi pastikan penonton duduk di situ,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI