fbpx

Baru pulih banjir, sesi persekolahan Terengganu tetap lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Muie (dua dari kiri) menyerahkan buku teks baharu kepada murid yang terjejas banjir di SK Pulau Rusa, Kula Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Walaupun baru pulih sepenuhnya daripada bencana banjir semalam, sesi persekolahan kembali dibuka seperti biasa pada hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Abdul Muie Ngah berkata, berdasarkan maklum balas awal, kehadiran murid dan pelajar di semua 352 sekolah rendah dan 153 sekolah menengah di seluruh negeri hampir penuh.

“Alhamdulillah, terima kasih atas kerjasama semua pihak terutama ibu bapa dan guru.
Sesi persekolahan tetap diteruskan seperti biasa walaupun baru pulih daripada musibah banjir luar biasa.

“Sebahagian sekolah terjejas juga baru siap dibersihkan semalam (kelmarin),” katanya selepas meninjau sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa di sini hari ini.

SK Pulau Rusa merupakan salah satu sekolah di Terengganu yang ditenggelami banjir baru-baru ini.

Abdul Muie berkata, murid dan pelajar yang kehilangan baju seragam akibat banjir dibenarkan hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa asalkan sopan.

Tegas beliau, apa yang penting sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI