fbpx

Kerajaan negeri Perak kekalkan CEO GLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tiga dari kiri) bergambar bersama Muhammad Azeem (tiga dari kanan) dan wakil pasukan hoki lelaki Perak di Pejabat Menteri Besar Perak di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kerajaan Perak akan mengekalkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) biarpun berlakunya perubahan dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pertukaran individu bagi jawatan tersebut biasanya berlaku apabila sesebuah kerajaan itu bertukar menteri besar.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan yang tertubuh di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih mengekalkan individu sama bagi jawatan tersebut iaitu dirinya sendiri.

“Saya berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan oleh CEO kita di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) serta Lembaga Air Perak (LAP) yang mana saya menjadi pengerusinya.

“Jadi saya akan kekal lantikan mereka kerana ada banyak program yang kita telah bina dan lancar bersama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian dana pendidikan kepada pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi serta insentif kepada pasukan hoki lelaki Perak di Pejabat Menteri Besar Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, mereka juga telah mengadakan penilaian semula bagi penambahbaikan mutu perkhidmatan ditawarkan kepada rakyat negara ini.

Justeru, katanya, kini adalah masanya untuk memberi peluang kepada semua individu yang dilantik tersebut untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Tambah beliau, semua CEO berkenaan mempunyai tempoh dua tahun untuk berkhidmat berdasarkan kontrak dengan ada daripadanya telah diperbaharui sebelum PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI