fbpx

[VIDEO] Agong, Tunku Azizah bawa cucunda ke KFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran makanan segera KFC Petronas di Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Menerusi kenyataan Istana Negara di laman Facebook berkata, keberangkatan banginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, untuk menikmati santapan tengah hari di restoran berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Turut berangkat paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka Baginda berdua.

“Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu juga, selepas selesai santapan Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran. Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI