fbpx

Kemelut Lesti, Rizky Billar paling panas 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH-WAJAH artis seberang yang memanaskan dengan isu kehidupan peribadi sepanjang tahun 2022.

DUNIA hiburan Indonesia tidak pernah sepi daripada gosip dan berita panas. Tahun 2022 menyaksikan pelbagai kontroversi tercetus sehingga menjadi bualan hangat netizen di negara ini.

Kontroversi yang menimpa golongan selebriti dilihat turut menjejaskan kerjaya mereka, malah ada segelintirnya terpaksa membuat keputusan berehat sementara daripada dunia seni.

Berikut senarai lima berita dan gosip panas yang terkait dengan beberapa selebriti terkenal Indonesia tahun ini.

Kemelut rumah tangga Lesti Kejora dan Rizky Billar

Paling mencuri tumpuan tahun 2022 drama rumah tangga pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar.
Pada 28 September lalu, penyanyi dangdut itu membuat laporan polis dan mendakwa dipukul suaminya kira-kira pukul 1.51 pagi di kediaman mereka.

Lesti mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan antara mereka.
Penyanyi Sekali Seumur Hidup itu mendakwa dihempas ke lantai dan dicekik sehingga mengalami kesakitan pada tangan, leher dan tubuhnya.

Dua minggu selepas laporan dibuat, Rizky ditahan dan direman selama 20 hari sebagai suspek.

Tidak lama selepas itu, Lesti muncul di balai polis bagi menarik balik laporan polis yang dibuat dan memilih untuk berdamai.
Rata-rata netizen marah dan tidak bersetuju dengan tindakan Lesti yang memaafkan suami dengan mudah dan kembali semua hidup sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, kerjaya seni Rizky sebagai pelakon dan pengacara TV terjejas apabila dia disenarai hitam daripada muncul di televisyen.

Kecoh Bunga Citra Lestari didakwa hamil

PENYANYI dan pelakon Bunga Citra Lestari atau mesra disapa BCL sering menjadi sorotan media terutama melibatkan isu peribadi.

Pada November lalu, penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu dikatakan hamil gara-gara ada foto memperlihatkan perutnya agak buncit.

Segelintir netizen mendakwa BCL hamil dan nama Aeril Noah dikaitkan kerana mempunyai hubungan rapat dengannya.

BCL ketika ditemui pada sidang media konsertnya di Kuala Lumpur menafikan perkara itu. Jelas BCL, perutnya buncit kerana faktor usia dan pemakanan. Penyanyi berusia 39 itu juga mengakui terkesan apabila menjadi mangsa body shaming netizen.

Tegar cerai, alami masalah kewangan

SELEPAS tamat Big Stage 2022, penyanyi Tegar Septian mengumumkan perkahwinannya dengan Sarah Sheilka sudah berakhir.

Penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu mengakui mengalami depresi akibat sukar mencari wang.

Tambahnya, dia dan isteri kelihatan romantik dalam media sosial, namun ramai yang tidak tahu tentang masalah yang dihadapi dan berdepan pelbagai tekanan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Pada 9 November lalu, Tegar sekali lagi berdepan ujian hidup apabila dihalau keluar rumah gara-gara gagal membayar sewa.

Penyanyi berusia 22 tahun itu juga meluahkan rasa bimbang kerana ibunya sudah beberapa hari tidak makan.

Nia Ramadhani bebas dari pusat pemulihan, spekulasi bakal bercerai

ENAM bulan menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah, pelakon terkenal Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dibebaskan pada 28 Mac lalu.

Pada awalnya mahkamah memutuskan pasangan itu dipenjara selama setahun, namun hukuman tersebut diringankan dengan hanya menjalani pemulihan selama enam bulan.

Nia dan pemandunya, Zen Vivanto ditangkap oleh polis dalam satu serbuan di kediamannya pada Julai 2021.
Polis menemui syabu seberat 0.78 gram dan alas hisap (bong), manakala suaminya menyerah diri sehari selepas itu.

Dalam pada itu, pasangan itu turut dihimpit spekulasi bakal bercerai.
Seperti dipetik media tempatan, Nia bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya usai mereka dibebaskan.

Bagaimanapun, tiga bulan selepas dibebaskan, Nia tampil menjawab khabar angin tersebut sebagai fitnah.
Malah, kata Nia, hubungan mereka lebih erat selepas menjalani rawatan.

Tular video kahwin Laudya Cynthia Bella dengan jejaka Arab

SEKITAR Ogos lalu, nama pelakon Laudya Cynthia Bella hangat menjadi bualan netizen apabila didakwa sudah berkahwin dengan seorang jejaka berketurunan Arab yang menetap di Dubai.

Gosip itu timbul selepas tular sebuah video TikTok yang memaparkan sebuah majlis perkahwinan, kononn-kononnya milik Laudya dengan seorang kerabat diraja dari Dubai.

Meskipun wajah pengantin tidak jelas, namun ramai mendakwa wanita itu adalah Laudya.

Pelakon itu didakwa sering ‘terbang’ ke Dubai bagi bertemu dengan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, Laudya menepis dakwaan tersebut dan mengesahkan semuanya hanya berita palsu.

Pengurusnya, Rita meminta peminat tidak mudah percaya dengan khabar angin berkenaan.

Laudya berkahwin dengan Engku Emran (bekas suami Erra Fazira) pada September 2017, bercerai pada Julai 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI