fbpx

Sekolah di Jepun beri pinjam skuter elektrik kepada pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan seorang pelajar menunggang skuter elektrik di Sekolah Tinggi Okinoerabu, wilayah Kagoshima. - The Mainichi

KAGOSHIMA – Sebuah sekolah tinggi di barat daya Jepun sedang menguji satu sistem untuk meminjamkan skuter elektrik kepada pelajar bagi memudahkan perjalanan mereka ke sekolah, lapor portal berita The Mainichi semalam.

Ia juga merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan kos dan pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera Bumi.

Usaha itu dilaksanakan di Sekolah Tinggi Okinoerabu, Kepulauan Amami, dalam wilayah Kagoshima dengan sasaran untuk mencapai penyahkarbonan.

Ia dalam masa sama menguji sistem pemberian pinjaman 10 skuter kepada pelajar yang berminat dengan setiap seorang diberi pinjam sebuah skuter selama sebulan sehingga Mac tahun depan.

Sekolah yang terletak di bandar China itu, selain bandar Wadomari di Kepulauan Okinoerabu, telah ditetapkan sebagai kawasan utama untuk penyahkarbonan oleh Kementerian Alam Sekitar pada April lalu. 

Bandar-bandar tersebut telah memajukan usaha untuk mencapai matlamat sifar karbon menjelang tahun fiskal 2030 sekali gus mendahului sasaran kerajaan Jepun pada tahun 2050. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI