fbpx

Ingat Allah, selawat di Konsert OAG 30 Tahun Generasiku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 4,000 peminat menggamatkan suasana di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Konsert OAG 30 Tahun Generasiku malam tadi. Foto - AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Bergenre rock, namun persembahan kumpulan OAG pada panggung Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang berlangsung malam tadi diselangi dengan selawat dan mengingat Tuhan daripada vokalisnya, Radhi.

Konsert yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula agak lewat iaitu hampir pukul 10 malam, namun sebaik kumpulan itu keluar ke pentas, sorakan gemuruh peminat memenuhi ruang stadium.

Sebelum memulakan persembahan, Radhi sempat menyapa dan bermesra dengan peminat apabila memberikan hadiah berupa baju kepada mereka yang duduk di depan pentas.

Membuka tirai persembahan dengan lagu Beautifool, seisi stadium bergema dengan nyanyian bersama seramai 4,000 penonton yang hadir.

Cukup energetik dan lincah melompat-lompat di atas pentas, Radhi, 45, beberapa kali mengingatkan kepada peminat tentang Allah dan juga mengajak mereka berselawat.

“Only Allah Greatest, OAG,” kata Radhi beberapa kali selain sesekali mengingatkan peminat untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

Sepanjang dua jam konsert, OAG menghiburkan peminat dengan barisan seleksi lagu hit mereka yang lain seperti Name of The Game, Venusia, Dayang, PerMYsuri, Slumber, 60’s TV, Akustatik dan Senyuman Ragamu.

Sebagai penutup, kumpulan yang ditubuhkan pada 1992 itu menamatkan persembahan dengan menyanyikan lagu Generasiku buat peminat yang hadir.

Konsert malam tadi menyaksikan OAG dibarisi tiga ahli asal kumpulan iaitu Radhi, Qi Razali (dram), Ivan (gitar) dan Lam (bass) turut membawa barisan anggota lama bergabung di atas pentas.

Mereka ialah Nazrin (bass), Alim (gitar), Naza, Nizam (gitar), Ammal (gitar) dan Yen (bass) serta seorang ahli baharu.

Kumpulan itu turut menjemput beberapa pemuzik gantian terdiri daripada kumpulan Flop Poppy iaitu vokalisnya, Andy dan Bakri Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI