fbpx

Tanah runtuh: Waris tuntut mayat adik Huang Shaoqi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huang Shaoqi, 11, ditemui dalam bag tidur di Sektor A oleh anggota SAR, petang semalam.

SUNGAI BULOH – Mayat Huang Shaoqi, kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian tanah runtuh dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini sebentar tadi.

Ahli keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun itu tiba pada pukul 11 pagi tadi untuk menuntut mayat mangsa.

Mayat mangsa ke-31 tragedi tanah runtuh itu dibawa keluar dari Jabatan Forensik HSB pada pukul 12 tengah hari.

Huang Shaoqi yang merupakan mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 4.50 petang.

Mayat Huang Shaoqi ditemui di dalam beg tidur pada kedalaman tanah 1.5 meter di Sektor A, sejauh empat meter dari kawasan perkhemahan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan operasi SAR ditamatkan sepenuhnya tepat pukul 12 tengah hari, hari ini.

Seramai 31 orang terdiri daripada enam lelaki dewasa, 14 wanita, tujuh kanak-kanak lelaki serta empat kanak-kanak perempuan terkorban dalam tragedi tanah runtuh berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI