fbpx

Tanah runtuh: Operasi SAR mangsa terakhir sedang giat dilakukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR IHSAN POLIS SELANGOR

HULU SELANGOR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilakukan bagi mencari seorang lagi mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pada petang ini.

Mengikut pemerhatian Kosmo! keadaan cuaca yang kelihatan cerah dan baik juga membantu melancarkan lagi operasi SAR hari ini.

Dalam pada itu, terdapat dua buah eskavator dibawa keluar daripada lokasi kejadian kerana masalah teknikal.

Pengamal media juga masih dilihat berkampung di luar Pos Kawalan Hadapan (PKH) untuk menantikan perkembangan terkini daripada pihak berkuasa.

Sehingga kini, jumlah mangsa maut masih 30 orang daripada keseluruhan mangsa yang terlibat iaitu 92 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI