fbpx

Tanah runtuh: Mangsa terakhir dicari kawasan terakhir ahli keluarga ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan masih melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa dalam tinjauan hari kelapan operasi tersebut di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highland tahun lepas - GAMBAR HIASAN

HULU SELANGOR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands masih diteruskan selepas cuaca kembali pulih.

Anggota penyelamat kelihatan memasuki lokasi kejadian sekitar pukul 8.30 malam selepas ditangguhkan pada sekitar pukul 5.30 petang.

Difahamkan, anggota penyelamat kini menumpukan pencarian di Sektor A di mana lokasi terakhir keluarga mangsa ditemui.

Sektor B dan C juga dikatakan sudah selesai proses penggalian tanah dan kesemua jengkaut serta anggota digerakkan ke sektor A.

Terdahulu, tiga mayat terdiri daripada dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak dituntut oleh sebuah keluarga dari Kampung Machap Umboo, namun mereka masih belum menemui seorang lagi ahli keluarga iaitu seorang kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, identiti kanak-kanak itu masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa.

Sehingga pukul 10.18 malam, tiada perkembangan positif tentang mangsa tersebut, menjadikan jumlah mangsa maut kekal 30 orang daripada keseluruhan mangsa iaitu 92 orang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI