fbpx

Budak 5 tahun telan 52 bebola magnet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lyndsey menunjukkan bebola magnet yang ditelan Jude. - Richard Swingler/ Media Wales

LONDON – Seorang budak lelaki berusia lima tahun di Britain terselamat selepas menelan lebih 50 bebola magnet mainan dan menjalani satu pembedahan kecemasan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Jude Foley, mula mengalami sakit perut pada Ogos lalu yang pada awalnya disifatkan oleh doktor sebagai tidak serius. 

Namun, apabila kesakitan yang dialaminya semakin teruk, ibu Jude, Lyndsey memutuskan untuk membawanya ke unit kecemasan Hospital Putera Charles di bandar Merthyr Tydfil.

Pemeriksaan fizikal dan darah tidak menunjukkan sebarang keputusan tidak normal tetapi selepas menjalani imbasan X-ray, perut Jude dikesan mengandungi sesuatu yang berbentuk seperti rantai.

Sebanyak 52 bebola magnet didapati tersusun rapat dan tersekat di dalam ususnya.

Jude kemudian dipindahkan ke Hospital Kanak-kanak Noah’s Ark Wales di Cardiff untuk dibedah dalam usaha mengeluarkan bebola magnet itu dengan selamat, lapor agensi berita Wales Online.

“Saya khuatir kehilangan dia (Jude). Mujurlah dia dibedah pada malam itu kerana ia boleh membawa maut. Kita tidak menjangka sesuatu yang teruk akan berlaku akibat mainan kanak-kanak,” kata Lyndsey.

Pakar bedah terpaksa memotong lima bahagian usus Jude di mana bebola magnet itu tersekat. Mereka juga terpaksa membuang apendiknya kerana salah satu magnet itu bergabung dengan usus kanak-kanak tersebut.

Menurut Lyndsey, Jude mengambil masa beberapa hari untuk sedar selepas pembedahan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN