fbpx

Northport iktiraf pekerja cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kakitangan Northport yang menerima anugerah meraikan kejayaan masing-masing bersama keluarga di pekarangan bangunan Marin, Pelabuhan Klang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) telah menganjurkan Hari Ke­selamatan Northport 2022 khusus buat kakitangan dan pengguna pelabuhannya bertujuan memberi penekanan tentang pentingnya mengutamakan amalan kerja yang selamat dan sihat.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk sesi pen­yampaian anugerah Best Safety Performer kepada kakitangan cemerlang atas komitmen, contoh teladan dan aspek keselamatan serta kesihatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, program tersebut mencerminkan usaha berterusan kumpulan untuk memupuk kesedaran berhubung kepentingan keselamatan dan kesihatan dalam kalangan kakitangan.

“Program itu juga memberi peluang kepada mereka yang ber­prestasi cemerlang untuk berkongsi detik membanggakan bersama ahli keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang Hari Ke­selamatan Northport 2022 yang merangkumi pemeriksaan kesihatan dan pameran oleh 16 agensi dan syarikat, termasuk daripada Jabatan Keselamatan & Kesihatan (DOSH), Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Amanah Saham Nasional Berhad, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Fitness First dan beberapa pempamer lain.

Northport telah memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan di peringkat tempatan serta antarabangsa untuk inisiatif kesihatan dan keselamatannya pada tahun ini.

Pada Mei lalu, Northport telah memenangi anugerah International Association of Ports and Harbors 2022 Sustainability Award, di bawah kategori Ke­selamatan, Kesihatan dan Sekuriti semasa Persidangan Pelabuhan Dunia IAPH 2022 yang diadakan di Vancouver, Kanada.

Bulan lalu, syarikat turut memenangi Anugerah Ke­selamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020/2021.

Northport telah membawa pulang tiga anugerah iaitu anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO of the Year) untuk Sektor Swasta, Perkhidmatan Perniagaan dan Mentor-Mentee (Mentor). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI