fbpx

BTS janji buat ‘comeback’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

SEBAGAI ketua kumpulan BTS, RM berjanji kepada peminatnya untuk bersatu semula sebagai kumpulan selepas Jin tamat perkhidmatan tentera.

RM turut menyatakan mereka bakal melakukan kemunculan semula khas buat peminat yang lebih dikenali sebagai ARMY.

Kenyataan tersebut dituturkan oleh RM melalui rancangan KBS News 9 dalam segmen Meet The News pada 18 Disember lalu.

Pemilik nama sebenar Kim Nam-joon itu dijangka membuat kemunculan semula pada 2025 kelak.

“Memandangkan perkhidmatan ketenteraan Jin akan berlangsung selama 18 bulan, sudah pasti kami tidak boleh berbuat apa-apa,” ujarnya pendek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI