fbpx

Salman Khan, Pooja Hedge dilamun cinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POOJA dan Salman berganding dalam filem Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan.

DESAS-DESUS percintaan Salman Khan dengan pelakon Pooja Hedge mencetuskan perasaan kurang senang banyak pihak, termasuk rakan rapat yang menyifatkan Pooja terlalu muda.

Salman dan Pooja digandingkan kali pertama menerusi filem Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan didakwa menjalin cinta lokasi.

“Sesiapa yang menyebarkan desas-desus tidak berasas ini patut berasa malu. Usia Pooja seperti anak Salman.

“Hanya kerana mereka berlakon bersama, ada yang mahu menangguk di air keruh untuk tujuan publisiti tetapi ia sungguh memalukan,” kata seorang individu.

Gosip percintaan aktor berusia 56 tahun dengan aktres yang separuh umur daripadanya itu tersebar selepas seorang pengkritik filem, Umair Sandhu memuat naik satu ciapan dalam Twitter.

Timbul juga dakwaan yang disahkan sumber terdekat menyatakan Salman menandatangani kontrak dengan Pooja untuk dua lagi filem bawah syarikat produksinya.

Salman bagaimanapun enggan melayan khabar angin yang dikatakan hanya dicetuskan individu tidak bertanggungjawab itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI