fbpx

Selena Gomez derita ketika bersama Bieber?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELENA Gomez dan bekas kekasihnya, Justin Bieber.

BENTUK tubuh penyanyi dan juga pelakon Selena Gomez memang jauh berbeza sewaktu dia bercinta dengan bekas kekasihnya, Justin Bieber berbanding sekarang.

Ketika bersama Bieber, selebriti berusia 30 tahun itu memiliki bentuk tubuh yang kurus, namun selepas kedua-duanya mengakhiri hubungan mereka pada 2018, Selena dilihat mengalami penambahan berat badan sehingga tubuhnya kelihatan lebih berisi.

Gara-gara perubahan itu, netizen membuat spekulasi apabila mendakwa Selena lebih banyak menderita ketika bersama Bieber dan bahagia selepas berpisah sehingga mengalami penambahan berat badan.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh Selena dengan memberitahu, tubuhnya memang sentiasa kurus ketika bersama bekas kekasihnya itu dan sekarang mengalami perubahan bentuk badan kerana masalah kesihatan.

“Pandangan mengatakan saya menderita ketika bersama Bieber adalah tidak benar. Sejak dahulu saya memang kurus dan mengalami perubahan bentuk badan kerana masalah kesihatan,” katanya.

Umum mengetahui, penyanyi yang popular menerusi lagu Lose You To Love Me itu pernah menjalani pembedahan transplan buah pinggang pada 2017 selain mempunyai masalah kesihatan mental sehingga terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI