fbpx

Presiden Palestin ucap tahniah pada Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan perbualan telefon dengan Mahmoud bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Anwar menerusi perkongsian di laman Facebook beliau sebentar tadi sambil menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuh hubungan kerjasama di antara kedua-dua negara.

“Menerima panggilan telefon daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Kami mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, hubungan sesama rakyat serta pendidikan,” kata perkongsian tersebut hari ini.

Menurut Anwar, beliau turut menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk bebas daripada cengkaman Zionis Israel.

“Di bawah pentadbiran saya, Malaysia akan kekal teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin dan mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan Palestin,” tegas beliau.

Sebelum ini, Anwar turut menerima panggilan telefon daripada pemimpin-pemimpin negara dari seluruh dunia seperti Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Indonesia, Joko Widodo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI