fbpx

PPS terakhir di Pahang ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang mangsa banjir, Rofaza Abdullah,46, di hadapan rumahnya yang digenangi air di Kampung Baru Cenderawasih di Pekan hari ini.

PEKAN – Pusat pemindahan sementara (PPS) Pekan yang merupakan PPS terakhir di negeri ini ditutup secara rasmi pada pukul 10 pagi tadi.

Seramai 141 mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara di Kampung Sungai Miang itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, PPS terbabit mula dibuka sejak Selasa lalu dengan 59 mangsa dan bertambah kepada 142 mangsa pada Rabu.

Bagaimanapun jumlah mangsa berkurang kepada 141 orang apabila seorang mangsa dibenarkan pulang pada kelmarin.

Penutupan PPS terakhir itu menjadikan keseluruhan 12 PPS di negeri ini ditutup sejak banjir melanda enam daerah di negeri iaitu di Raub, Temerloh, Bera, Jerantut dan Lipis dan Pekan sejak Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI