fbpx
Nurul IZZAH (tengah) bersama kakak dan abangnya yang juga OKU lembam ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Jerek, Gua Musang baru-baru ini.

Gadis lembam jaga kakak, abang OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) lembam tidak menjadikan kekura­ngan diri sebagai penghalang untuk menjaga kakak dan abangnya yang juga OKU lembam selepas kematian ibu bapa mereka.

Nurul Izzah Sabarudin, 23, berkata, hubungan mereka adik-beradik sangat rapat dan dia menjadi harapan untuk mengu­ruskan kakak Nursuraya, 27, dan abang Muhammad Saiful Akhbar, 25.

“Saya bersyukur ada ibu bapa saudara yang tinggal berdekatan untuk memantau kami,” katanya.

Terdahulu, mereka dikunju­ngi Persatuan Cakna Kasih yang menyampaikan bantuan kepada tiga
beradik itu di Kampung Jerek di sini baru-baru ini.

Nurul Izzah yang mendapat pendidikan di Sekolah Mene­ngah Agama Maahad Muhammadi Gua Musang terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pengajian kerana mahu fokus menjaga adik-beradiknya.

“Kakak dan abang alami kesukaran untuk bertutur dengan jelas dan menguruskan diri sendiri. Setakat ini, saya juga tidak berdepan masalah walaupun kadang-kadang mereka bersikap agresif.
Saya akan terus menjaga mereka selamanya,” katanya.

Menurut Nurul Izzah, selepas ketiadaan ibu bapa setahun lalu, mereka bertiga bergantung de­
ngan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 seorang untuk membeli barangan keperluan harian termasuk ­makanan.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Nurul Izzah di talian 011-40557582 dan 011-70701834 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0301241100047545.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN