fbpx

Semua ketua parti tanda tangan perjanjian sokong Kerajaan Perpaduan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika bercakap kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) Ke-8 di Hotel Everly di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Gagasan Parti Sarawak (GPS) hari ini, akan mengadakan mesyuarat bagi meneliti perjanjian gabungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Whip GPS yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, esok akan diadakan upacara menandatangani perjanjian antara parti-parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata, apabila berlangsungnya upacara itu, nanti boleh bertanya mengenai kandungan perjanjian tersebut dan apakah fokusnya.

“Semua ketua parti sudah berbincang dan saya akan balik untuk menghadiri mesyuarat GPS hari ini, bagi meneliti kandungan perjanjian itu.

“Apa yang saya tahu, upacara itu hanya diwakili ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perpaduan dan upacara itu diatur Pejabat Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Perladangan dan Komoditi (IMPAC) ke-8 di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata draf akhir perjanjian gabungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan akan siap tidak lama lagi.

Beberapa perbincangan diadakan berkaitan perjanjian itu yang akan ditandatangani semua parti terbabit atas kepentingan bahawa mereka bersama sebagai satu pasukan dalam Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sama ada gaji timbalan menteri akan dipotong seperti menteri, Fadillah berkata, beliau tidak pasti pelaksanaan itu akan melibatkan timbalan menteri kerana keputusan sebelum ini hanya menteri sahaja.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI