fbpx

Mengelak bayar tol, Myvi sanggup ikut laluan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @myferk di Twitter.

PETALING JAYA – Orang ramai mengecam tindakan seorang pemandu sebuah kereta jenis Myvi kerana mengikut laluan motosikal gara-gara ingin mengelak daripada membayar tol.

Video yang dimuat naik di media sosial @myferk itu memaparkan kereta tersebut dipandu laju sehingga mengundang bahaya kepada penunggang motosikal yang berada di laluan tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Plaza Tol Batu 9, menghala Kajang, kira-kira pukul 6.41 petang, Selasa lalu.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 30,200 tontonan dengan 1,062 perkongsian dan 624 tanda suka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab dan menyeru pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Harga tol baru berapa ringgit daripada bahayakan nyawa orang lain, kenapa tidak bayar sahaja,” komen pengguna.

“Gantung sahaja lesen kalau boleh, sebab membahayakan pemandu lain,” seloroh seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI